Tuesday, October 14, 2008

Control Panel

Control panel adalah kawasan utama untuk mengubah tetapan utama pada komputer kita. Untuk memasuki control panel, klik START dan ia ada tersenarai di situ.

Sini saya senaraikan kegunaan-kegunaan setiap fungsi ikon kontrol panel





Accessibility Options Adalah Control Panel untuk membantu orang kurang upaya menggunakan komputer. Di sini ada beberapa tetapan yang dapat memudahkan golongan itu menggunakan komputer dengan lebih selesa.





Add Hardware Ini sudah jarang digunakan kerana Windows sekarang menggunakan
automatic install untauk perkakasan yang di pasang. Tetapan ini digunakan untuk memasukkan driver bagi perkakasan yang disambung pada komputer.

Add or Remove Programs Tetapan ini digunakan untuk memasukkan atau membuang perisian dengan selamat dan sempurna.

Administration Tools Ianya mempunyai tetapan yang agak mendalam dan bukan untuk pengguna yang kurang mahir. Jika tersilap mengubah tetapan di sini, komputer akan berhenti berfungsi. Kita boleh on atau off Windows Service di sini, memeriksa prestasi sistem, mengubah nama hard disk, dan melihat folder yang telah di Share kan.

Automatic Updates Untuk mengubah tetapan cara Windows Update. Anda boleh mengubah tetapan ini kepada automatik download, tanya sebelum download, ataupun off.

Date and Time Untuk mengubah tarikh dan masa, zon waktu, dan synchronise jam komputer dengan internet.

Display Mengubah tetapan display. Di sini kita dapat mengubah wallpaper, screensaver, tema Windows, dan resolusi skrin.

Folder Options Untuk mengubah tetapan file dan folder. You can change so many settings here. Di sini anda juga dapat mengubah tetapan show or hide hidden files.

Fonts Tempat di mana semua font disimpan. Anda boleh menambah pelbagai jenis font di sini.

Internet Options Di sini anda dapat mengubah tahap keselamatan dan privacy semasa anda melayari internet. Di sini juga anda dapat amengubah laman web utama, memadam cookies, memadam file cache dan mengubah tetapan tapisan kandungan.

Network Connections apabila ini dibuka, ia akan menunjukkan semua sambungan yang ada pada komputer anda. Di sini anda dapat mengubah tetapan network. Jika tersilap, kemungkinan anda akan hilang sambungan rangkaian atau internet.

Network Setup Wizard Ini digunakan untuk menyelaraskan tetapan network pada pertama kali network digunakan.


Phone and Modem Tetapan untuk telefon dan dial-up internet.

Power Options Ini mungkin berbeza mengikut laptop atau desktop. Mengubah tahap bekalan kuasa yang digunakan. Dapat menjimatkan bateri pada laptop.

Printers and Faxes Untuk melihat printer apa yang ada pada komputer. Anda boleh right dan pilihpause printing atau pilih detail untuk melihat properties printer anda.


Scanners and Cameras Apabila kamera atau scanner disambungkan pada komputer, ini dapat mengubah tetapan kamera dan scanner anda.


Scheduled Tasks Menetapkan kerja yang akan di lakukan oleh komputer mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh kita.


Security Center Di sini anda boleh mengubah firewall on atau off off, mengubah tetapan untuk automatic updates, dan memilih untuk membenarkan amaran virus.


Sounds and Audio Devices Mengubah kelantangan dan tetapan bunyi.


System Di sini anda dapat melihat berapa kelajuan komputer, berapa memori yang ada, dan di dalam hardware tab, dapat melihat device yang disambungkan pada komputer.


System Taskbar and Start Menu Anda boleh mengubah taskbar and start menu di sini. Cintohnya menyembunyikan taskbar dan mengubah susun atur Start Menu.


User Accounts di sini anda boleh memadam, cipta pengguna baru, menukar kata laluan, menetapkan administrator, dan mengubah nama akaun.